TENTANG KAMI


TABIB RAWATAN RESDUNG KRONIK

DISEBABKAN melihat ramai kawan-kawan, saudara mara dan keluarga sendiri pernah mengalami masalah resdung yang kronik telah membuatkan Tabib Rohawi mengubah fikiran untuk mendalami ilmu rawatan resdung. Beliau juga pernah menderita akibat resdung ketika kecil. Beliau tidak sampai hati melihat mereka yang menderita sakit resdung yang mengambil masa yang lama untuk sihat dan sempurna. Ada yang tidak mahu campur orang ramai disebabkan selalu selsema berpanjangan, hidung berbau busuk dan kerap bersin. Tak kurang juga yang kerap keluar dan masuk hospital disebabkan sakit resdung.


Tabib Rohawi memperkenalkan sejenis rawatan TERBARU & BERKESAN Beliau sudah lama memberikan khidmat rawatan kepada pelanggannya yang berada di sekitar daerah Pontian dan luar negeri Johor. Berbagai jenis telatah pesakit yang sudah dirawatnya baik golongkan tua dan muda. Ada yang sakit ringan dan tidak kurang yang kronik. Beliau memiliki pengalaman di bidang ini lebih dari 7 tahun. Beliau menimba ilmu rawatan dari seorang guru yang tidak kurang handalnya dan memiliki beberapa buah Klinik di Bandaraya Kuala Lumpur.

Di dalam klinik Tabib Rohawi ada menyediakan rawatan kepada golongan lelaki dan perempuan dimana beliau sendiri mengendalikan pesakit lelaki dan bagi perempuan pula akan dirawat oleh isteri beliau. Selain itu, beliau bersedia menerima panggilan pesakit dan membuat rawatan di rumah pesakit jika dipanggil dengan mengenakan kos tambahan yang rendah harganya.

Di klinik beliau juga terdapat rawatan urutan badan untuk perempuan sahaja yang dilakukan oleh Tabibah Nor Rafidah. Urutan yang diperkenalkan Tabibah ini adalah urutan kampung yang lebih kepada urutan sendi dan urat.

Datanglah Ke Klinik Kami Untuk Rawatan Terbaik Anda Sekeluarga!!